cari

28.6.12

Oh lelaki Oh wanita


Bila masa PERPISAHAN itu berlaku kerana ALLAH..maka, yakinlah ALLAH telah MENULISKAN yang
TERBAIK untuk kita..usah terlalu BERDUKACITA kerana ALLAH tidak akan menzalimi hambaNYA..maka jadikan SABAR dan SOLAT itu sebagai PENOLONGMU..dan diakhirnya kelak nanti :


✿~ JIKA PERTEMUAN ITU KERANA ALLAH..
✿~ BERKASIH SAYANG ITU KERANA ALLAH..
✿~ PERPISAHAN ITU JUGA KERANA ALLAH..

>>> Allah akan MELINDUNGI kita saat manusia memerlukan perlindungan di waktu perhitungan kelak, Insyallah..berpisah secara fizikal, suara, rupa tapi di hati..tidak pernah ada perpisahan selagi IRINGAN DOA dan HARAPAN disandarkan kepadaNYA..yakinlah dengan KETENTUANNYA..

Rezeki yang halal

Sumpah Rasulullah ke 3: Mengemis dan Meminta Membuka Pintu Kefakiran


Assalamualaikum semua,

Inilah sumpah Nabi Sallallahualaihi Wassalam yang ketiga: “Mengemis dan Meminta membuka pintu kefakiran”. Bagaimana? Seorang Muslim sangat dituntut mencari rezeki yang halal dengan cara terhormat bagi memenuhi keperluan diri dan keluarga.

Oleh itu, bekerja untuk mendapatkan nafkah secara halal merupakan sesuatu yang sangat mulia di sisi Islam walaupun pekerjaannya amat berat dengan pendapatan yang tidak seberapa.
Adapun mencari harta dengan mengemis, ia merupakan cara yang tidak terhormat meskipun banyak harta yang diperolehi darinya sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahualaihi Wassalam yang bermaksud:

“Seseorang yang membawa kapak lalu pergi mencari dan mengumpulkan kayu bakar, lantas dibawa ke pasar untuk dijual dan wangnya digunakan untuk mencukupi keperluan dan nafkah dirinya adalah lebih baik daripada seseorang yang meminta-minta daripada orang ramai yang kadang-kala diberi dan kadang-kala ditolak.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, Rasulullah Sallallahualaihi Wassalam menetapkan bahawa orang yang kaya itu bukan semata-mata kerana hartanya yang banyak.

Walaupun banyak harta, namun jika dia tidak bersyukur atau tergolong dari kalangan mereka yang bakhil, dia tetap dipandang sebagai orang miskin. Tambahan pula jika harta yang dimiliki itu adalah hasil dari mengemis atau meminjam.
Bekerja atau berusaha dengan tekun, di samping terhormat, seseorang akan memperolehi harta yang banyak dan jiwa yang tenang sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahualaihi Wassalam yang bermaksud:
“Yang dinamakan kaya bukanlah banyak harta benda, tetapi kaya yang sebenarnya adalah kaya jiwa.” (HR. Abu Ya’la)

Di samping itu, sumpah Rasulullah Sallallahualaihi Wassalam ini menjadi benar kerana kebiasaannya, semakin lama seseorang itu bekerja untuk menyara hidupnya, dia akan mampu menutupi keperluannya dengan berbagai usaha yang halal dan terhormat.
Namun apabila mengemis, dia mungkin tidak memperolehi jumlah yang cukup untuk menampung keperluannya, sedangkan pendapatannya tetap sama, maka dia akan semakin bertambah fakir.

Oleh itu, ramai orang yang mengemis tetapi akhirnya menjadi pencuri, kerana mereka tidak dapat menampung kehidupan hasil dari perbuatan mengemis. Bukankah ini membuat dia bertambah miskin secara ekonomi dan bertambah rendah martabatnya sebagai manusia.


Demikianlah tiga sumpah Rasulullah Sallallahualaihi Wassalam sehingga sewajarnya kita memberi perhatian agar kehidupan kita ini dapat kita lalui dengan sebaik-baiknya.

Pengalaman JuruMandi Jenazah



Kenapalah Jadi Begini Nasib ku...?
Surau saya pernah menjemput Al-Fadhil Ustaz Abu bakar Abdul Aziz untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul.

Saya berkesempatan untuk berborak dengan beliau ketika kami sama-sama makan setelah selesai ceramah. Antara topik yang dibincangkan ialah pengalaman beliau ketika menguruskan jenazah. Di bawah ini saya perturunkan kisah beliau untuk renungan bersama.


Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor.
Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.


Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-

Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.


Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah.

Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.


Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya.


Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali yang terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh membaca Al-Quran. 


Tetapi apabila saya hendak pulang, anak Allahyarham datang menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak. 

Kawan saya kata, “Cubalah tanya dia sendiri.” Kawan saya ada memberitahu saya dua bulan yang lepas bahawa saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal menguruskan jenazah. Anak Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa jenazah tidak elok dibiarkan lama-lama.



Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.


Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan…takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT. 


Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju.



Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham. 


Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. “Lain macam saja ni”, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya. 


Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. 



Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.


Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. 


Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. 


Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejutdan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. 


Saya kata kepada mereka, “Inilah ujian Allah kepada kita”. Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki.


Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. 


Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. 
Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa. Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.


Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah….suasana menjadi semakin panik. 


Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan.

Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.


Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya.


Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang.


Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan. Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.


Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan.


Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya.


Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar.


Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya”.


Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. 


Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. 


Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. 


Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi – takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah.


Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. 


Saya takut nanti ia akan terlangkup….na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw. Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap.


Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. 



Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan. Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. 


Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan. Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. 


Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya. Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim?


Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.


Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. 


Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. 


Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? 


Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?

50 Fakta unik di Dunia. Tahu kah anda?

50 Fakta unik di dunia. Tahukah anda?. 50 Fakta unik ini akan membuka pengetahuan anda lebih luas, walaupun beberapa dari fakta ini sudah anda ketahui.


1. Sebelum Masehi di dalam bahasa inggerisnya adalah BC (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini)

2. Ikan yu kehilangan gigi lebih dari 6000 buah setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam masa 24 jam

3. Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman

4. Nama kereta Nissan berasal dari bahasa jepun Ni: 2 dan San: 3. Nissan: 23

5. Zirafah dan tikus boleh bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta

6. Perut menghasilkan lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak mencerna organnya sendiri.

7. 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman korban.

8. Semut dapat mengangkat beban 50 kali tubuhnya

9. Deklarasi Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana

10. Titik diatas huruf i disebut 'title'

11. Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi champagne segar akan bergerak naik turun dalam gelas

12. Benjamin Franklin adalah anak bongsu dari orang tua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.

13. Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaphobia adalah ketakukan pada hari Jumaat tanggal 13 (boleh terjadi antara 1-3 kali setahun). Di Itali 17 adalah angka sial. Sedangkan di Jepun angka malangnya adalah 4

14. Lidah zirafah panjangnya sekitar 50 cm

15. Mulut menghasilkan 1 liter air liur setiap hari

16. Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari

17. Kata ZIP (kod pos) adalah kepanjangan dari 'Zoning Improvement Plan'.

18. Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 hingga 1903.

19. Rata-rata kita menuturkan 5000 perkataan setiap hari (walaupun 80% nya kita bercakap pada diri sendiri)

20. Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita terus merasa haus

21. 4 simbol Raja pada kad remi melambangkan 4 raja yang terkenal di zamannya masing-masing:

Spade = David / Raja Daud

Keriting = Alexander the Great / Iskandar Agung

Hati = Charlemagne / Raja Perancis

Wajik = Julius Caesar

22. Seumur hidup kita meminum air sebanyak ± 75.000 liter

23. Setiap orang, termasuk kembar seiras, cap jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.

24. Titik merah pada 7-Up logo berasal dari penemunya yang bermata merah. Dia seorang albino.

25. Lelaki kehilangan 40 helai rambut tiap hari, wanita 70 helai.

26. Tanda 'save' pada Microsoft Office programs menunjukan gambar floppy disk dengan shutter terbalik

27. Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka (Elsa Löwenthal dan Emma Wedgewood).

28. Unta punya 3 kelopak mata.

29. Sehelai rambut di kepala kita mempunyai masa tumbuh 2 sampai 6 tahun sebelum diganti dengan rambut baru

30. Seseorang masih akan sedar selama 8 saat setelah kepalanya dipenggal

31. Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat kita berkelip. Kita boleh berkedip 5 kali dalam sedetik

32. Coklat dapat membunuh anjing, kerana ianya mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya

33. Tanpa dicampur ludah di dalam mulut, kita tidak akan merasakan rasa makanan

34. Kuku jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku kaki

35. 13% orang di dunia adalah kidal

36. Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan

37. Bayi yang baru lahir berat kepalanya 1/4 dari berat tubuhnya

38. Kita sebenarnya melihat dengan otak. Mata hanya berupa kamera yang menghantar data ke otak. 1/4 bahagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata

39. Kala jengking boleh dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka, mereka akan marah dan menyengat dirinya sendiri

40. Tahun 1830an, sos tomato biasa dijual sebagai ubat.

41. Tiga monyet bijak punya nama: Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru (Speak no evil).

42. India mempunyai Undang-undang hak untuk lembu

43. Jika bersin terlalu kuat boleh meretakkan tulang iga. Jika mencuba menahan bersin, boleh mengalami pecah pembuluh nadi di kepala dan leher terus mati. Jika memaksa mata terbuka sewaktu bersin, bola mata boleh terkeluar dari.

44. Nama negara Filipina berasal dari nama Raja Phillip

45. Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud

46. Anak-anak mempunyai 20 gigi awal. Orang dewasa 32

47. Kerana langkanya logam, piala Oscars yang dibagikan pada perang dunia ke II terbuat dari kayu

48. Setiap pusingan 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Kitaran ini makan "Solarmax".

49. Ada 318.979.564.000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.

50. Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi

Huruf ALLAH di Kepala Ular


Ular dengan lafadz Allah di bahagian kepalanya mencuri perhatian orang ramai.
Ular aneh ini ditemukan oleh Reni (26) di sebuah pohon pisang di pekarangan rumahnya di Jalan Anduring Kecamatan kuranji Padang.

Kawannya sempat menghebohkan warga kerana saat melihat ada yang aneh dari ular ini Reni langsung memanggil warga. Sehingga warga berbondong-bondong untuk melihat wujud dari ular tersebut.

Menurut Reni kejadian ini berawal dari sore kemaren, saat anak-anak berteriak-teriakkalau ada ular pada bagian pohon pisang yang ada di dekat rumahnya , mendengar teriakan tersebut Reni langsung melihatnya.

ternyata memang ada seokor ular dengan jenis "cantikmanis" yang berukuran tidak terlalu besar. Karena sebelumnya juga sering ditemukan ular dikawasan tersebut Reni beranggapan itu hanya kejadian biasa.

“Namun keesokan harinya setelah diperhatikan ternyata ada keganjilan dengan ular yang masih ada di pohonn pisang tersebut, dimana pada bagian kepalanya terdapat tulisan yang berlafaskan Allah. Bukan itu saja pada bagian ekornya juga terdapat tulisan yang menyerupai tulisan dal dan jal,” urainya.

Masyarakat berasumsi bahwa tulisan yang ada tubuh ular tersebut terdapat dua buah kata yang bisa dilihat pada bagian tubuh ular tersebut yaitu Allah dan Dajal.

Karena ini adalah ular yang aneh dan jarang ditemukan Reni berniat untuk memelihara ular tersebut. “Saya akan pelihara ular ini, tapi hanya untuk koleksi dan tidak untuk hal-hal yang berbau syirik,” tandas Reni

Seksa Di Dunia

Di zaman khalifah Abu Bakar as-Siddiq dimana seorg lelaki meninggal dunia & sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan bergerak-gerak, apabila mereka membuka kain kafan tersebut mereka melihat seekor ular sedang membelit mayat lelaki itu serta memakan & menghisap darahnya.


Lalu mereka cuba untuk menghalang dan mahu membunuh ular tersebut, maka ular itu berkata: Lailahaillah Muhammad Rasulullah, mengapakah kalian hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah, ALLAH s.w.t telah memerintahkan aku supaya menyeksanya sehingga hari Qiamat.

Di zaman khalifah Abu Bakar as-Siddiq dimana seorg lelaki meninggal dunia & sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan bergerak-gerak, apabila mereka membuka kain kafan tersebut mereka melihat seekor ular sedang membelit mayat lelaki itu serta memakan & menghisap darahnya.

Lalu mereka cuba untuk menghalang dan mahu membunuh ular tersebut, maka ular itu berkata: Lailahaillah Muhammad Rasulullah, mengapakah kalian hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah, ALLAH s.w.t telah memerintahkan aku supaya menyeksanya sehingga hari Qiamat.


Lalu para Sahabat bertanya: Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?

Berkata ular: Dia telah melakukan 3 kesalahan.

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat berjemaah.

2. Dia tidak mahu keluar zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama’ malah membenci dan memusuhi mereka.


Tiga Unsur Utama Aqidah Perjuangan Islam.

1. Tidak mencari Tuhan selain Allah S.W.T

2. Tidak mengambil pemimpin atau pelindung selain daripada Allah.

3. Tidak mencari hakim selain Allah.

Mutiara Kata

Dunia itu racun,
zuhud ( rendah diri )  itu ubatnya.

Harta itu racun,
zakat itu ubatnya.

KATA YANG sia-sia itu racun,
zikir itu ubatnya.

Seluruh umur itu racun,
taat itu ubatnya.

Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya


Kisah Kaabah Yang Tidak Di Ketahui Ramai


Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.



1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

16.6.12

Artikel sempena Israq &Mikhraj

Tentang Israq dan Mikhraj dan alam di dalam besen.

Allahuakbar! Malam ini sudah masuk 27 Rejab, malam Israq dan Mikhraj. Maka saya ingin berkongsi cerita berkaitan yang tertera pada bab terakhir buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh : Sirih pulang ke gagang?" yang terbit November 2007.

Bab itu bertajuk "Penutup : Puas sudah berpetualang?". Dari segi mood bercerita dua tiga hari ini ia boleh dikatakan bersambung daripada artikel Aku cuma zilal Mu ya Allah! yang dibuat siang tadi.


Tajuk artikel ini mungkin pelik sedikit. Namun saya percaya anda akan nampak sebabnya setelah membaca tulisan di bawah sampai habis.

Adapun apa yang dipaparkan ini adalah keseluruhan isi bab tersebut termasuk perkongsian rasa yang terbit akibat melihat keadaan dunia ketika itu. Walaupun ia ditulis 5 tahun lalu rasanya keadaan tersebut masih relevan dengan dunia hari ini.



Kebetulan ini adalah artikel ke 999 di blogspot ini. Dengan kombinasi nombor berserta fakta bahawa bab itu bertajuk "Penutup : Puas sudah berpetualang?", dipaparkan pula pada malam Israq dan Mikhraj semoga ini dapat menutup satu fasa hidup lalu masuk ke fasa baru yang lebih bermakna dan diredhai Ilahi.


Tersebutlah kisah, suatu masa dahulu di sebuah negeri di Timur

Tengah, ada seorang raja kafir sudah tergerak mahu memeluk Islam kerana tertarik dengan ajaran-ajaran Rasulullah SAW. Baginda telah melihat akhlak baik para penganutnya dan telah bertanyakan para alim ulamak tentang hukum-hakam Islam dan segala maslahat berkaitan.

Lalu sang raja berpendapat agama ini memang sesuai dengan fitrah manusia malah amat baik untuk perkembangan rohani dan jasmani setiap insan.


Baginda cuma ada satu kemusykilan yang perlu dijawab sebelum bersedia mengucap dua kalimah syahadah... Bagaimanakah Rasulullah SAW dapat naik Israq dan Mikhraj, pergi dari Mekah ke Baitul Muqaddis kemudian naik tujuh petala langit, dapat melihat segala isi syurga dan neraka,


naik lebih tinggi ke Sidratul Muntaha kemudian melepasi Kursi dan Arash untuk sampai ke Hadirat Allah Subhanahuwata’ala sebelum kembali ke Mekah sedangkan semuanya berlaku dalam tempoh singkat yang diibaratkan daun yang bergetar dilanggar orang apabila Nabi memulakan perjalanan belum habis bergetar apabila baginda kembali ke rumah.



Masalahnya, tiada alim-ulamak dapat memberikan jawaban yang memuaskan raja. Seperti diketahui umum, perjalanan Mekah ke BaitulMuqaddis sendiri memakan masa berhari-hari, mungkin berbulan-bulan, baik menunggang kuda mahupun unta.


Inikan lagi naik ke langit malah lebih atas untuk melihat segala isi kejadian Allah SWT dan kembali dalam masa beberapa detik sahaja! Di zaman moden inipun menaiki jet atau kapal terbang, perjalanan Mekah ke Baitul Muqaddis memakan masa tidak kurang dua jam. Untuk naik ke langit pula, belum ada manusia yang mampu membuatnya.


Alangkan menaiki roket sampai ke bulan pun memakan masa beberapa hari, bagaimana pula hendak ke langit? Lalu bagaimana Nabi boleh melakukan semua ini malah pergi lebih jauh dalam masa begitu singkat?



Persoalan inilah yang sedang bermain-main di kepala raja kafir tersebut. Memang baginda mahu percaya kepada Islam tetapi raja ini telah berikrar hanya akan mengucap dua kalimah syahadah jika ada orang yang dapat menerangkan peristiwa ini sehingga baginda puas dan yakin seratus peratus dengan kebenaran yang dibawa Islam.

Soalnya, siapa pula yang dapat menghuraikan dengan jelas? Bolehkah perkara luarbiasa sebegini diterangkan dengan kaedah yang dapat memuaskan pemahaman biasa?



Maka tersebarlah berita tentang raja sebuah negeri ingin memeluk Islam tetapi belum bersedia kerana tiada orang dapat menerangkan peristiwa Israq dan Mikhraj sehingga hilang kemusykilan baginda. Berita ini sampai kepada seorang wali Allah penuh karamah lalu beliau tergerak berjumpa dengan raja.

Kedatangannya disambut dengan mulia... Walaupun baginda bukan Islam, raja ini adalah seorang yang beradab dan amat menghormati para alim ulamak . Sang wali pun dijemput masuk menghadap.



Setelah berkenal-kenalan dan bertanyakan khabar sepertilazimnya orang baru bertemu, mereka duduk bersemuka di sebuah ruang persendirian. Tiada manusia lain di situ kecuali seorang khadam yang siap-siaga untuk memenuhi apa-apa permintaan baginda.

Wali itupun bertanya: “Hamba dengar Tuanku amat berminat untuk memeluk agama Islam tetapi ada yang menghalang. Apakah masalahnya? Mungkin hamba boleh menolong?”



Sang raja pun menjawab: “Memang benar berita yang kamu dengar itu. Beta sudah lama mahu memeluk Islam kerana pernah bertanya kepada ramai alim-ulamak tentang agama ini. Memang beta dapati Islam itu elok.

Cuma beta belum berpuas hati tentang kebenaran peristiwa Israq dan Mikhraj. Bagaimanakah Nabi Muhammad boleh melakukan perjalanan malam tersebut sedangkan ada yang mengatakan semuanya berlaku dalam tempoh yang amat singkat?


Sehingga dikatakan daun yang bergetar dilanggar orang belum pun habis bergetar apabila perjalanan itu tamat. Beta sudah bertanya alim ulamak negeri ini. Setakat ini belum ada orang yang dapat memberikan jawaban atau keterangan yang boleh memuaskan hati beta.”



Wali itu tersenyum mendengar pengakuan raja. Beliau pun bertanya: “Bagaimana jika ada orang yang dapat menerangkan masalah ini, adakah Tuanku akan mengucap dua kalimah syahadat dan masuk Islam?”


Baginda menjawab: “Ya, beta akan mengucap kalimah pengakuan itu kalau penerangan yang diberikan dapat memuaskan hati. Beta berjanji akan masuk Islam. Memang itulah yang beta nanti-natikan selama ini.”


“Kalau begitu biarlah hamba menerangkannya,” kata wali itu. “Sila Tuanku ambil sebuah besen penuh dengan air.” beliau meminta pula...


Raja itupun menyuruh kadam memenuhi permintaan tersebut. “Sekarang masukkan kepala Tuanku ke dalam besen,” kata sang wali.


Sang raja mula teragak-agak. Kenapa perlu memasukkan kepala ke dalam besen? Sang wali pun memberikan jaminan persoalan Israq dan Mikhraj akan terjawab jika baginda menurut sahaja. Raja itupun mengalah...


Mula-mula tiada apa-apa yang berlaku... Setakat kepala raja tenggelam dalam air, tiada yang pelik tentang itu. Tetapi apabila baginda mengangkat kepala ke atas, ternyata wali itu sudah hilang.


Malah ruang tempat mereka berbual termasuk istana juga sudah tiada! Sekonyong-konyong itu baginda mendapati dirinya berada di dalam sebuah sungai yang deras dipukul arus ganas sehingga terkapai-kapai mencari nafas. Baginda tidak pandai berenang, maka tenggelam-timbullah raja itu dihanyutkan arus deras...


Dicelah-celah tenggelam-timbul itu baginda menjerit-jerit meminta pertolongan dengan harapan ada yang mendengar. Kebetulan seorang pemuda gembala kambing sedang menjaga ternakan tidak jauh dari situ. Dia dapat mendengar jeritan sang raja lalu bergegas ke tebing sungai.


Pemuda itu meneliti permukaan sungai untuk mengenal-pasti punca jeritan yang didengar. Ternampaklah seorang manusia hanyut tenggelam-timbul dipukul arus di tengah-tengah. Tanpa berfikir panjang, sang gembala pun terjun ke dalam sungai. Setelah berhempas-pulas melawan arus ganas, dia berjaya menyelamatkan raja lalu membawanya ke tebing…

Si gembala memapah sang raja yang asyik terbatuk-batuk akibat banyak tertelan air. Dalam keadaan separuh sedar, baginda terus terbaring keletihan sambil mengembalikan nafas. Dalam pada itu, raja ini dapat merasakan ada sesuatu yang berlainan tentang tubuh-badannya... Baginda pun meraba-raba untuk memastikannya. Eh...


Kenapa terdapat bahagian membulat yang lembut-lembut ini? Eh... Mana pergi otot-otot tubuhnya yang sasa? Masyaallah! Memang tubuhnya terasa amat berlainan, bukan lagi tubuh seorang raja atau lelaki yang sasa malah tubuh seorang perempuan! Raja yang masih agak keletihan itu terkejut besar sehingga pengsan.


Sang gembala kambing mengangkat baginda balik ke rumah untuk dirawat. Setelah beberapa hari dijaga, diberi ubat dan disuapkan makanan, barulah kesihatan baginda pulih. Masalahnya tubuh baginda masih lagi tubuh seorang perempuan. Lalu bagaimana raja itu mahu menjawab apabila pemuda itu bertanyakan asal-usulnya?


Bagaimana boleh sampai ke kawasan itu dan dihanyutkan sungai sedangkan baginda pun tak pasti apa yang telah berlaku? Kalau dijawab pun rasanya tidak akan masuk akal biasa... Bagaimana seorang raja boleh hilang daripada istana lalu tiba-tiba hanyut di sungai dan bertubuhkan seorang perempuan? Akhirnya baginda menerima hakikat dirinya bukan lagi seorang raja. Malah sebagai seorang perempuan, baginda akhirnya berkahwin dengan pemuda gembala kambing pula!


Tujuh tahun kemudian, sang raja yang sudah lama melupakanasal-usul sebenarnya tergerak untuk pergi ke sungai tempatnya diselamatkan sang gembala kambing dahulu. Oh... Terlupa hendak memberitahu.

Mereka telah dikurniakan dua orang anak (kalau tak salah ingatan) ataupun tiga? Apapun, yang penting, hidupnya betul-betul telah berubah. Daripada seorang raja perkasa yang menguasai sebuah kerajaan, baginda telah menjadi seorang isteri yang sempat melahirkanbeberapaorangbayi.


Hendak dijadikan cerita, ketika sedang berjalan-jalan di tepian sungai, wanita itu tiba-tiba tergelincir jatuh ke dalam. Sekali lagi dia mendapati dirinya tenggelam-timbul dibawa arus deras. Tahu tidak apakah yang terjadi kemudian? Wanita itu mengeluarkan kepalanya untuk mencuri nafas tetapi apa yang didapati sekelilingnya bukan lagi sebuah sungai yang deras tetapi sebuah ruang mewah, bagaikan dewan di dalam istana raja!

Wanita itu juga mendapati kepalanya baru sahaja dikeluarkan daripada sebuah besen berisi air, bukannya sebuah sungai. Seketika itu juga hamba Allah ini mendapati tubuhnya sudah bertukar daripada tubuh seorang perempuan kepada tubuh seorang laki-laki malah disaluti pula pakaian mewah persis seorang raja. Lalu siapakah dia sebenarnya? Seorang wanita isteri gembala kambing atau seorang raja pemerintah sebuah kerajaan?

Hamba Allah ini tercengang-cengang untuk memahamikejadianini. Di manakah dia sekarang? Di manakah dia sebenarnya berada sebelum itu? Siapakah dirinya ini? Apakah yang telah berlaku? Begitu banyak persoalan timbul sehingga dia termenung lama untuk merungkaikan permasalahan.

Di hadapannya pula duduk seorang manusia berjubah berserban tersenyum lebar melihatnya terpinga-pinga. Ah! Baru dia tersedar... Baru teringat dirinya seorang raja yang sedang berada di dalam istana.

Segala peristiwa yang berlaku daripada dirinya jatuh lemas lalu diselamatkan pemuda gembala kambing, bertukar menjadi seorang perempuan dan berkahwin sehingga melahirkan anak, segala yang dirasakan berlaku dalam tempoh tujuh tahun itu sebenarnya terjadi dalam tempoh beberapa detik sahaja... Semuanya berlaku ketika memasukkan kepala ke dalam besen!



Menyedari sang raja sudah mulai faham, orang berjubah berserban tadi (sebenarnya seorang wali yang ditugaskan memberi penerangan supaya sang raja masuk Islam) itupun menegur: “Sekarang Tuanku faham bagaimana Rasulullah SAW melakukan Israq dan Mikhraj dalam tempoh cuma beberapa detik? Dengan kuasa Allah, tiada perkara yang mustahil!”


Walau sudah faham apa yang berlaku, sang raja masih lagi kehairanan. Susah untuknya menerima kenyataan... Terbetik pula di hati: “Mungkin aku telah dipermainkan... Barangkali akudisihirsehinggaboleh percaya yang aku betul-betul telah menjadi seorang wanita? Boleh pula menghabiskan tujuh tahun hidup susah bersama seorang pengembala kambing?”


Wali Allah yang kasyaf itu tahu apa yang bermain di fikiran raja: “Tuanku masih tak percaya?”beliau bertanya. Ataukalau ikut kata budak-budak sekarang: “Kenapa? Tak percaya ke?” mengajuk iklan televisyen...


Raja itu tidak menjawab. Mungkin hatinya belum puas lagi?


Wali itupun menyambung: “Tak mengapalah. Sebentar lagi akan datang beberapa orang tetamu yang akan menjawab persoalan Tuanku.”


Sang raja semakin bingung. Apakah yang dimaksudkan orang ini? Jika tadi, kepalanya dimasukkan ke dalam besen lalu berlaku keajaiban sehingga dia hilang entah di mana, kemudian boleh terasa seperti berada tujuh tahun di sana malah boleh pula bertukar menjadi seorang perempuan, sekarang ada tetamu boleh menyelesaikan masalahnya... Apakah makna semua ini?


Kebetulan memang ada tetamu baru sampai ke istana untuk berjumpa dengan raja. Seorang pesuruh raja pun menghadap menyampaikan berita. Sang wali mengisyarat raja supaya menerima kedatangan tetamu itu. Sebaik sahaja tetamu masuk, wali itu sendiri bangun lalu menyambutnya...


“Tuanku kenal siapakah ini?” sang wali menunjuk kepada mereka...


Ternyata tetamu yang datang adalah pemuda gembala kambing yang ditemui raja semasa memasukkan kepalanya ke dalam besen! Orang yang menyelamatkan nyawanya ketika dia bertukarmenjadiseorangperempuan yang kelemasan dalam sungai malah sempat menjadi suaminya pula! Turut bersama adalah anak-anak comel hasil perkahwinan mereka.


Sang raja terus bersujud lalu mengakui kebes
aran Ilahi. Tanpa perlu diajar lagi, baginda mengucapkan dua kalimat syahadat lalu masuk Islam. 

Cinta Selamanya



SIHAT PUN BELUM TENTU SAYA MENCARI PENGGANTINYA
Artikel cinta ini berdasarkan kisah yang benar.


Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkn sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. Isterinya juga sudah tua.

Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun. Mereka dikurniakan 4 orang anak.Di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan.
Hal itu terjadi selama dua tahun. 
Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. 

Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ),Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya,dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu, Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya "Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya.

Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini .....kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini...kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya. "Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... .itu sudah lebih dari cukup.  Dia telah melahirkan kalian..."

Sejenak kerongkongannya tersekat...

"Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun.
Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ? Kalian menginginkan bapak bahagia ....

Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ? Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah..kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain, bagaimana dengan ibumu yang masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno... Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun
tidak mampu menahan haru... Disitulah Pak Suyatno bercerita...

Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi
dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...
Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......
Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... 

Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah...  Dan itu merupakan ujian bagi saya. Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... 

Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya. Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya... kerana DIA maha Mendengar... Adakah anda sanggup berkorban sebegini demi cinta?

~~~ BEGITULAH HEBATNYA CINTA KERANA ALLAH ~~~

Kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di facebook, 
Sharing is Caring




Puasa Esok 27 Rejab

Jom berpuasa sunat 27 Rejab esok.. Fadilat Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israk-Mikraj.

Sayyidatina Aishah berkata bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: “Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Mereka tetap kenyang tanpa berasa lapar dan tidak pula haus.”

14.6.12

Wajarkah Umur 60 tahun bersara?


Undang-Undang Persaraan Minimum pekerja swasta dibentang di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Umur persaraan minimum pekerja swasta dilanjutkan sehingga 60 tahun berkuat kuasa Januari tahun depan berbanding 55 tahun sekarang.

Mengikut Rang Undang-Undang Persaraan Minimum 2012 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam, majikan tidak boleh memaksa pekerja bersara sebelum mencapai umur 60 tahun dan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 jika berbuat demikian.

Bagaimanapun, pekerja boleh membuat pilihan untuk bersara lebih awal menerusi persetujuan dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif (CA) dengan majikan.


Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, ketika membentangkan rang undang-undang itu juga berkata, apabila berkuat kuasa kelak, semua kontrak perkhidmatan umur persaraan kurang daripada 60 tahun akan terbatal.


"Umur persaraan dalam kontrak yang dibuat sebelum, pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa akta ini yang lebih rendah daripada umur persaraan minimum 60 tahun, terbatal dan digantikan dengan umur persaraan baru.


Mana-mana terma dalam kontrak perkhidmatan berhubung umur persaraan juga terbatal jika bercanggah dengan akta itu,” katanya.

Akta itu juga membenarkan pekerja yang dibersarakan lebih awal mengadu secara bertulis kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja dalam tempoh 60 hari daripada tarikh persaraan.

Jika Ketua Pengarah berpuas hati aduan itu berasas, arahan boleh dikeluarkan kepada majikan untuk mengembalikan pekerja pada pekerjaan asal dan membayar semula tunggakan gaji bermula tarikh dibersarakan sehingga tarikh pengembalian semula. 


Sebagai pilihan, Ketua Pengarah boleh mengarahkan majikan membayar pampasan kepada pekerja itu tidak lebih daripada jumlah keseluruhan gaji yang sepatutnya diterima dari tarikh dibersarakan sehingga tarikh pekerja mencapai umur persaraan wajib.


Sementara itu, rang undang-undang itu tidak terpakai bagi pekerja yang diambil secara tetap, sementara atau kontrak dan menerima emolumen kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan.


Ia juga tidak terpakai bagi pekerja dalam tempoh percubaan, bukan warga Malaysia, perkhidmatan domestik, pekerja yang tempoh kerjanya kurang daripada 70 peratus waktu bekerja biasa pekerja sepenuh masa dan pelajar yang bekerja secara kontrak untuk tempoh sementara.

Pekerja yang bersara pada umur 55 tahun atau lebih sebelum penguatkuasaan rang undang-undang ini dan kembali bekerja selepas itu juga tidak tertakluk kepada akta itu.

11.6.12

Vintage Sky Wallet



CODE : SB005 ( WARNA )

WARNA YG ADA :

yellow
peach
black
orange
blue
pink
coffee
putih
HARGA : RM 39 ( INCLUDE POSTAGE WHOLE MLYSIA )











Material: PU, soft leather, with lines

Size approximately: Length 18cm, high 9.3cm, 2cm wide

3 big Cash note pocket, 3 small Cash note pocket, 12 card pocket, 1photoframe

Inner Lined with cotton fabric, flower pattern

INGIN BELI? HNTARKN order dan mklmt anda iaitu :

CODE : SB005 ( COLOUR / warna )
NAME:
ALAMAT:
PAYMENT : MAYBANK OR CIMB ( PILIH SATU )
HNTARKAN KE : 019-803 1332

8.6.12

Amalan Terbaik Hari Jumaat

Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, perlu berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.

Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yg perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :

Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).

Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.

Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.

Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.

Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.

Apakah amalan terbaik untuk dilakukan pada hari Jumaat?

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur misai, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk

pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor.

Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah.”


Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Pernahkah kita terfikir bagaimana baginda Rasulullah s.a.w dalam solat fardu Subuh menggabungkan pembacaan surah as-Sajadah (32) pada rakaat pertama dan surah al-Insan (76) pada rakaat kedua.

Ini kerana kedua-dua surah tersebut mengandungi bahan motivasi dari sudut misi kemanusiaan, daripada isu berkenaan penciptaan awal manusia yang dicipta daripada air mani yang busuk hinggalah perhimpunan manusia pada hari qiamat di padang Mahsyar, iaitu satu masa di mana mereka sedang menunggu giliran untuk diperhitungkan amalan-amalan mereka.


Ia tidak terhenti setakat itu sahaja, malah ia mengajar manusia untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat, ia Allah SWT aan menganjari mereka yang melakukan perkara terbaik dalam hidup mereka dan membalas dengan azab bagi mereka yang melakukan perkara yang bercanggah dengan perintah dan arahan-Nya.
 Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan
Muslim digalakkan setibanya di masjid untuk melaksanakan sembahyang tahiyatul masjid. Dalam sebuah hadis dinayatakan:
“Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga.”
Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin.
Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.
Hendaklah sedapat mungkin memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata (bagi mereka yang datang awal), jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.
Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma’uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 – 2. m.s 82).
Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.
Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat (jika bercuti pada hari itu),

justeru, hari Jumaat adalah digalakkan kita agar tidak bekerja supaya dapat melakukan sunnah-sunnah Rasulullah .s.aw yang tidak ada janji-janji yang lebih manis pada hari-hari yang lain.
Inilah kejayaan musuh Islam yang mengalihkan pandangan umat dari banyak beribadat pada hari Jumaat digantikan pada hari lain, sedangkan hari kebesaran mereka pada hari Ahad dapat disempurnakan dengan pergi ke gereja dengan selesa dan sempurna, kerana pada hari itu mereka bercuti dan berehat bersama keluarga.
Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin.

Kesilapan Pada Hari Jumaat

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Umat Islam disarankan supaya memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat yang lain di samping memenuhi kewajiban menunaikan solat fardhu Jumaat. 

Pada hari Jumaat juga Umat Muhammad diharuskan untuk melakukan segala aktiviti termasuklah mencari rezeki yang dikurniakan oleh Allah. 

Kebebasan ini tidak dikecapi oleh kaum Bani Israil terdahulu di mana syariat Nabi Musa melarang sama sekali kaumnya daripada mencari rezeki pada hari kebesaran mereka iaitu hari Sabtu sebaliknya mereka diperintahkan supaya memperuntukkan masa tersebut melaksanakan ibadah.





Berbeza dengan syariat Nabi Muhammad, Allah S.W.T memberi kebebasan dan ruang yang cukup luas kepada hambanya untuk mencari rezeki dengan apa cara sekalipun termasuklah berniaga dan berjual beli.

Namun begitu, terdapat beberapa keadaan dan waktu khusus yang dilarang oleh Allah S.W.T menjalankan sebarang bentuk perniagaan dan jual beli pada penghulu segala segala hari ini. Allah S.W.T berfirman di dalam surah al-Jum’ah ayat 9:

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan mengerjakan Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah S.W.T dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu) ; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu , jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah dari limpah kurnia Allah S.W.T, serta ingatlah akan Allah S.W.T banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya ( di dunia dan di akhirat).
Ayat tadi jelas menunjukkan larangan Allah S.W.T terhadap Umat Islam yang melakukan urusan jual beli ketika mana azan Jumaat telah dikumandangkan.

Larangan ini ditujukan kepada mereka yang ditaklifkan kefarduan Solat Jumaat sama ada peniaga lelaki dan pembeli lelaki yang kedua-duanya memenuhi syarat-syarat wajib Jumaat seperti sihat, baligh, berakal dan tidak bermusafir. Larangan ini membawa maksud haram urusan jual beli dijalankan ketika azan Jumaat telah dilaungkan. Imam Ibn Kathir al-Syafie menyebut:


Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan yang kedua. ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)

Jika disoroti sejarah, berniaga dan berjual beli pada hari Jumaat juga dilakukan pada zaman baginda Rasulullah saw tetapi bezanya aktiviti jual beli itu itu ditangguhkan setelah berkumandangnya azan, atau dengan lebih tepat lagi ketika khatib sedang berkhutbah di mimbar. Hal ini tidak berlaku sama sekali di masjid-masjid di negara kita.

Lihatlah bagaimana keghairahan si peniaga melariskan jualannya, si pembeli sibuk membeli belah sedangkan pada waktu tersebut khatib sedang berkhutbah.

Perlu diingat walaupun hukum jual beli tetap sah tetapi ia dilakukan dalam waktu yang diharamkan. Perkara inilah yang menjadi punca ayat al-Quran di atas tadi diturunkan.

Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan Tirmizi mengemukakan riwayat sebuah hadith daripada Jabir r.a katanya: Sewaktu Nabi Muhammad SAW sedang berkhutbah pada hari Jumaat, tiba-tiba datang satu rombongan perniagaan.

Lalu kebanyakan sahabat pergi kepada mereka sehingga yang tinggal bersama Nabi Muhammad SAW ketika itu hanya 12 orang sahaja. Lau Allah S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud “ Malangnya apabila mereka Nampak perniagaan atau hiburan, mereka lantas menggapainya. Mereka meninggalkan engkau ( wahai Muhammad) bersendirian tegak berkhutbah.

Istimewanya Solat Jumaat berbanding dengan solat lain ialah kerana terdapatnya khutbah. Justeru tidak sempurna solat Jumaat seseorang itu tanpa mendengar khutbah.

Malahan menurut jumhur ulamak, khutbah merupakan antara syarat sah solat Jumaat. Sa’id bin Jubair berpendapat bahawa khutbah menyamai 2 rakaat solat zuhur, seandainya khutbah ditinggalkan dan mengerjakan Solat Jumaat sahaja bererti kita telah meninggalkan dua rakaat solat Zuhur.

Realiti yang berlaku, ramai di kalangan jemaah tidak berminat untuk masuk ke dalam masjid mendengar apa yang ingin disampaikan oleh khatib, sebaliknya mereka rasa lebih selesa berada di luar masjid.

Lebih menyedihkan lagi ada yang sempat berbual-bual kosong ketika khatib sedang berkhutbah. Sikap ini jelas mencerminkan sifat sombong kita kepada Allah S.W.T.

Allah S.W.T memberi ganjaran yang besar kepada mereka yang sering berusaha datang awal ke Masjid pada hari Jumaat terutama sebelum khatib berkhutbah. Dalam sepotong hadith Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Apabila tiba hari Jumaat, maka pada setiap pintu masjid terdapat malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutan. Apabila imam / khatib telah duduk di atas mimbar, maka malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengar khutbah.”

Kesimpulannya, seluruh Umat Islam sama ada penjual, pembeli dan para jemaah lelaki hendaklah berlapang dada dan mengambil berat isu yang telah menjadi wabak yang perlu ditangani kerana ia melibatkan hukum haram dan tidak sahnya solat Jumaat seseorang. Justeru beberapa pendekatan dicadangkan :

Pertama: Aktiviti jual beli hendaklah ditagguhkan sementara waktu ketika mana azan kedua berkumandang.

Kedua: Perniagaan boleh diteruskan dengan syarat urus niaga tersebut dijalankan antara penjual wanita dan pembeli wanita sahaja.

Ketiga: Para jemaah lelaki disarankan agar menangguhkan urusniaga di samping mengambil peluang masuk awal ke dalam masjid mendengar khutbah .