cari

24.11.13

Sabar Bila Jodoh Tak Kunjung Tiba

Bismillahirrahmanirrahiim..

Sahabat saudaraku fillah. Sesungguhnya jodoh, rezeki dan kematian ada dalam genggaman Allah Subhanahu wa Ta’ala . Hanya DIA lah yang berhak menentukannya.

Manusia hanya sebatas berusaha semaksimal mungkin ,namun jika berbagai usaha telah kita tempuh namun belum mendapatkan titik terang,

Maka berdo’alah dengan ikhtiar yang maksimal serta kuatkan kesabaran.. cepat atau lambat sang pujaan hati akan datang..

Saudaraku..berdo’alah tiada henti..mengetuk pintu Arsyi, memohon dengan kebeningan dan kerendahan hati,

Mengakui kelemahan diri, memohon agar diri ditemani sang pujaan hati, agar hidup di dunia ini kian berarti.

Jangan pernah lelah sampaikanlah segala harapan kepada-Nya,jangan cemas teruslah berharap dengan do’a dan ikhtiar,

Yakinlah bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala memiliki cara yang terindah untuk menghadirkannya..

Sebagai hamba-hamba-Nya yang beriman tentu kita akan menjadikan Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai tempat bersandar, tempat menyerahkan segala urusan,dan tempat memomohon petunjuk.

Dengan demikian penuh harapan bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala, akan memberi petunjuk jalan keluar dari berbagai persoalan,

Allah Subhanahu wa Ta’ala Berfirman :”Hai orang-orang yang Beriman, Mintalah Pertolongan kepada ALLAH dengan Sabar dan ( mendirikan ) Shalat, Sesungguhnya ALLAH beserta orang-orang yang Sabar.“( QS. Al Baqarah : 153 ).

Namun jika sudah berupaya berdoa,ikhtiar dan jodoh tak kunjung tiba juga,kuatkan kesabaran,

Mohonlah Ampunan-Nya,karena mungkin saja kesulitan menemukan pedamping hidup itu,bisa jadi karena dosa-dosa kita di masa lalu yang belum sempat kita taubati.

Atau bisa juga Allah Subhanahu wa Ta’ala sangat mencintai kita, dan DIA menginginkan agar kita mendapatkan jodoh yang paling tepat dan waktu yang paling indah Menurut-Nya.

※ Semoga manfaat Silakan di Tag/Share,Bantu Tag sahabat-sahabat yang lain. Jazzakumullahu khayran wa Barakallahu fiikum

SaLam Santun Erat SiLaturrahim & Ukhuwah Fillah

25.9.13

Power station terbakar di malawa area sepanggar


Ni la sebab tiada karen area sepanggar,one borneo dan lain lain.
Power station terbakar di malawa.




3 IPP di SEPANGGAR MENGALAMI GANGGUAN PENJANAAN

Satu Letupan kecil telah berlaku di IPP Teluk Salut ( IPP TESA ) pada pukul 8.08pagi 25 September 2013 yang menyebabkan Kompatmen Turbin GT22 mengalami kerosakan.

Letupan ini mengakibatkan operasi GT22 ini terhenti. Pihak IPP Teluk Salut kini sedang dalam proses siasatan terperinci mengenalpasti punca letupan terbabit. Jumlah gangguan elektrik akibat letupan kecil ini adalah sebanyak 47.5MW.

IPP Rugading melalui GT1A dan ST1C telah mengalami kerosakan pada jam 12 tengahari pada 25 September 2013 dan telah menyebabkan sebanyak 95MW lagi bekalan elektrik berkurangan.

Kebakaran di IPP ARL pada jam 12.30 tengahari telah memberikan kesan dalam penjanaan elektrik ini.

Jumlah gangguan GRID SABAH yang melibatkan ketiga - tiga IPP ini menghampiri 200MW dan ini telah memaksa SESB untuk melakuan catuan bekalan.

Menurut Pengarah Urusan SESB Ir. Abdul Razak Sallim, Pihak SESB dengan kerjasama pihak berwajib akan terus memantau situasi ini dan akan memaklumkan perkembangan ini dari semasa ke semasa.

Tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya)


Tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..." (mafhum riwayah).

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi... Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia... Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan.

Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta. Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan...

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT...dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia...

kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah...tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia.. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar...

Kenapa... kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita.. kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita..

kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam...solat tahajud dan bermunajat...

kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman....apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya....setiap kali menyambut hari jadi...kita sibuk nak raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya umur kita...

maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...kita patut bermuhasabah mengenai bekalan...ke satu perjalanan yang jauh..yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

Sahabat yang ku sayang.. Kerinduan bertemu Allah subhanahu wa ta’ala umpama angin semilir yang menerpa qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia.

Siapapun yang menempatkan qalbunya di sisi Rabb-nya, ia akan merasa tenang dan tenteram. Dan siapapun yang melepaskan qalbunya di antara manusia, ia akan semakin gundah gulana.

Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah tidaklah akan masuk ke dalam qalbu manusia yang mencintai dunia.

Ketahuilah wahai sahabat Jika Allah subhanahu wa ta’ala cinta kepada seorang hamba itu, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan memilih dia sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya,

dan Ia akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu pun akan menyibukkan dunianya hanya dengan ibadah kepada Allah. Lisannya senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya selalu dipakai untuk berkhidmat kepada-Nya.

Ya Allah, cintailah aku dan keluargaku.jang anlah Kau berpaling dari kami... Pilihlah kami sebagai tempat pemberian nikmat-nikmatMu.

Alkisah temuduga pembantu pejabat



Alkisah temuduga pembantu pejabat

Sukri sedang menggangur dan pergi ke kota mencari pekerjaan. Setibanya di kota, Sukri membeli sebuah akhbar dan mula mencari kerja. Terdapat satu syarikat besar berdekatan dengan rumah sewa kawannya ingin mencari pembantu syarikat.

Ketika ditemuduga, majikan menyuruh Sukri melap tingkap dan menghantar surat ke satu tempat berdekatan sebagai ujian.

Selesai dua tugas itu dengan cemerlang, majikan terus memberitahu Sukri bahawa beliau telah digaji.
“Ada emel tak?” tanya majikan itu.

“Maaf. Saya tidak pernah miliki komputer. Oleh itu saya tiada emel,” jawab Sukri.

“Maafkan kami. Jika kamu tak ada emel bermaksud kamu tak layak. Dan disebabkan itu kamu tidak boleh menggaji kamu,” kata majikan tersebut.

Sukri meninggalkan temuduga itu dengan perasaan penuh hampa. Di dalam poket Sukri hanya ada RM10.

Dalam perjalanan balik ke rumah sewa kawannya, Sukri telah pergi ke pasaraya dan menggunakan semua duitnya untuk membeli bawang yang dijual pada harga diskaun.

Guni bawang itu kemudian dibawa Sukri dan dijualnya pintu ke pintu. Sukri buat tanpa fikir kerana inilah jalan terakhirnya.

Tidak disangka setelah 3 jam berusaha, Sukri telah berjaya menjual semua bawang yang dibelinya dan mendapat hasil RM50.

“Aku boleh hidup macam ini… kalau aku rajin buat tiga empat kali setiap hari, aku boleh hidup,” bisik Sukri di hatinya setelah melihat kejayaannya untuk untung RM40.
Bermula daripada hari itu, Sukri terus berusaha dan duit yang ada di tangannya telah berlipat ganda.

7 tahun kemudian, Sukri kini menjadi pembekal makanan terbesar di negerinya. Dengan duit yang ada, Sukri kini ingin melabur untuk kesejahteraan masa depan keluarganya.

“Abang ada emel?” tanya Norhayati seorang broker insuran dan hartanah.

“Tak ada,” jawab Sukri dengan selamba.

“Abang tak ada emel, dan abang mampu membina bisnes sehebat ini. Bayangkan apa yang abang dapat capai sekiranya abang ada emel,” kata Norhayati lagi.

Sukri memikirkan soalan Norhayati sejenak lalu bersenyum…

“Kalau saya ada emel, kini mungkin saya sekarang ini hanyalah seorang ofis boy,” kata Sukri sambil ketawa yang tidak difahami Norhayati.

Wahai anakku,
Yakinlah bahawa Allah telah menetapkan rezekimu, dan asalkan kamu rajin dan berusaha, sesungguhnya tiada jalan buntu di dunia ini.

Senyum

Moral kisah ini menunjukkan bhw rezeki itu hak ALlah yg menentukannya. Ianya bukan bergantung pd manusia, kuasa, pengaruh, emel, whatsapp atau spa saja. Semuanya hanykah alat bg mencapai matlamat. Yg penting berusaha bersungguh2 selebihnya terserah pd Ilahi

.

18.9.13

Cara Murnikan Hati


Antara cara nak murnikan hati:


1. Jaga solat dgn sempurna,
2. Solat taubat setiap mlm sebelum tidur,
3. Istighfar sekurang-kurangnya 70X sehari & bykkan zikrullah,
4. Baca Quran setiap hari,
5. Minta maaf drp org lain & maafkan semua org,


6. Bisikan kendiri yg positif,
7. Muhasabah & refleksi diri & berterusan perbaiki diri,
8. Cuci pinggan, tandas, dll,
9. Berpuasa sunat,
10. Sentiasa ingat mati & bersedia menghadapi kematian setiap hari,


11. Kekalkan wudu' sepanjang hari mengikut kemampuan,
12. Bykkan bersedekah,
13. Beri orang makan,
14. Jaga makanan (halal & yg baik2),
15. Berkawan dgn org 'alim & org yg baik2,

16. Sentiasa berpesan pesan ke arah kebaikan,
17. Jaga setiap panca indera (mata, telinga, hati, anggota tgn & kaki & deria hidu).

- Mari kita sama2 berdoa agar Allah sentiasa rahmati kita dlm usha utk sentiasa memurnikan hati. Wassalam.

Tips dari Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

17.9.13

Cara utk mgatasi masalah perut buncit

Perut yang ramping semestinya menjadi idaman hampir semua orang khususnya kaum wanita. 

Bagi mereka yang memiliki perut buncit, mereka akan berasa rendah diri dan mungkin kurang berkeyakinan. Namun tidak kurang juga yang 'menikmati' situasi tersebut. 

Tahukah anda terdapat beberapa jenis yang mampu membantu menyelesaikan masalah perut buncit tanpa anda perlu risau kos perbelanjaan berlebihan?

Lihat senarai di bawah dan cuba praktikkan.
Mungkin anda dapat melihat keberkesanannya jika anda amalkan dengan cara yang betul dan juga pastikan anda turut bersenam.

Selamat mencuba!

> MENTEGA KACANG

Jika dilihatkan kepada teksturnya yang kelihatan seperti 'lemak berkrim' dan juga enak dimakan, memang ramai yang beranggapan bahawa mentega kacang menggemukkan.

Namun tahukah anda ia penuh dengan mineral dan lemak sihat yang membantu anda berasa kenyang untuk jangka masa panjang?

Anda juga boleh mencuba dengan variasi kacang seperti badam dan walnut ketika bersarapan.

> COKLAT GELAP

Siapa yang tidak menyukai coklat gelap (dark chocolate)? Lebih-lebih lagi kini kita mengetahu ia boleh membantu kita mengatasi masalah perut buncit.

Coklat gelap mengandungi agen perangsang yang memberi kesan positif terhadap pembakaran lemak.

Ia juga mempunyai lapan kali anti oksidan jika dibandingkan dengan strawberi. Malah coklat gelap juga terbukti sihat untuk jantung.

> BIJIRIN OAT

Gantikan makanan tengah hari anda dengan bijirin oat dan anda akan berpuas hati dengan keputusannya. Cuma anda perlu berhati-hati dengan cara memasaknya.

Elak menambah gula ataupun susu pekat dan masak di atas api yang perlahan.

> KAYU MANIS

Penyelidik menemui sejenis anti oksidan dalam kayu manis yang membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan membantu menstabilkan kadar gula dalam darah.
Keseluruhannya tiada ruang untuk perut buncit.

> CILI MERAH

Makanan yang digemari kebanyakan negara di rantau Asia ini mempunyai sejenis bahan aktif iaitu capsaicin.

Capsaicin membantu menstabilkan kadar gula dalam darah dan juga membakar lemak berlebihan.

> TEH HIJAU

Menurut sebuah institusi nutrisi di Amerika Syarikat, ekstrak teh hijau mampu meningkatkan daya metabolisme badan pada siang hari.

Kandungan anti oksidannya yang tinggi juga membantu membakar lemak pada perut.

> SAYUR-SAYURAN

Sayur-sayuran hijau seperti brokoli, dan kubis bunga mengandungi vitamin yang membantu melawan keinginan terhadap sesuatu makanan.

> TELUR

Mengandungi agen pembakar lemak iaitu vitamin B6, B12, A,D,E, dan K, folat, kalsium, zat besi, dan Omega 3, telur mampu membuatkan anda berasa kenyang untuk jangka masa yang lama.

Lebih elok jika anda mengamalkan telur ayam kampung sebagai makanan harian.

TEGURAN UNTUK YANG MEROKOK

SILA LAH TERASA UNTUK YANG MEROKOK

Bila masa yang sesuai minum air kosong?


Umum tahu bahawa air adalah sangat penting pengambilannya dalam seharian. Namun, waktu bilakah seeloknya air diminum? 

Pakar itu mengatakan pengambilan air di waktu yang betul akan memaksimumkan fungsi badan. Bila waktunya? jom tengok tips pakar tersebut.

Minum 2 gelas air selepas bangun tidur dapat membantu mengaktifkan organ-organ di permulaan hari.

> Minum 1 gelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu proses penghadaman makanan.

> Minum 1 gelas air sebelum mandi dapat membantu merendahkan tekanan darah

> Minum 1 gelas air sebelum tidur dapat menghindakan penyakit “stroke” dan serangan jantung.

Ha, lepas ni bolehlah kita amalkan tips sihat ini. Pengambilan air di waktu yang tepat akan membantu kita untuk memperolehi gaya hidup yang lebih sihat. 

Banyakkan pengambilan air dalam seharian dan minum di waktu yang dicadangkan. Hidup lebih HEBAT jika kita lebih SIHAT. Semoga kita lebih SIHAT dan HEBAT!


PETUA INI KHAS UNTUK LELAKI Petua Untuk Mencari Bakal Isteri


1. Jangan Berkawan Dengannya - Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenamya sukar untuk dinilai oleh lelaki. 

Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. 

Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa 

‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.

2. Lakukan Risikan Secara Rahsia - 
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. 

Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. 

Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. 

Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. 

Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula. 

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau panggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.

3. Cari Yang Duduk Bersama lbubapa-
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. 

Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. 

Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. 

Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

4. Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga-
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. 

Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

5. Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua-
Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. 

Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

6. Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan Diri -
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. 

Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. 

Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. 

lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

7. Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki - 
Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. 

Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. 

Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

8. Cari Yang Didikan Agamanya Cukup -
Beredamya zaman perlu mengambilkira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. 

Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. 

Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Jom Sarapan



Petua orang tua-tua, untuk kekal sihat dan langsing, mesti jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik.Orang dulu bercakap berdasarkan pengalaman dan berita baiknya, ia disokong kajian sains di seluruh dunia.

Malah, pakar pemakanan juga sependapat; sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita, sebagaimana dituntut dalam Islam untuk bangunbersahur, walaupun ada yang boleh bertahan sehingga menjelang waktu berbuka.

Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Malangnya, ramai meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat (kerana bangun lambat). Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui ‘rahsia’ di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.

Ada saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti dan secawan kopi.

> Rangsang Paras Glukos
Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yg diperkaya dlm roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kpd fungsi otak.

Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dgn lebih baik.

Justeru itu, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.Kajian dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat badan berlebihan.

Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan & mengekalkan berat badan unggul dgn hanya mengamalkan sarapan.Walaupun ada banyak pilihan untuk sarapan seperti nasi lemak, mi atau mihun goreng, tetapi ramai lebih suka sarapan ringan dan ringkas.

Ini termasuk roti, bijirin dimakan bersama susu serta jus buah yang tanpa disedari membekalkan banyak khasiat seperti Vitamin A, B dan D, zat besi, kalsium serta zink.Tabiat meninggalkan sarapan lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa kerana tidak sempat dan beranggapan mereka boleh tahan lapar. Bagaimanapun, sikap ini sebenarnya lebih banyak merugikan, terutama kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Dalam keadaan lapar, kita terdorong untuk makan lebih banyak - bermakna lebih banyak kalori dan lemak dalam badan. Akibatnya, masalah berat badan kita tidak mungkin selesai dan mungkin lebih buruk.

> Banyakkan Serat dan Bijirin
Ramai beranggapan menyediakan sarapan berkhasiat mengambil banyak masa. Ia tidak semestinya betul.Demi kesihatan, apa salahnya kita beralih daripada kebiasaan kepada sandwic roti berserat tinggi atau bijirin diperkaya vitamin serta susu dan buah-buahan segar boleh dihidang di atas meja dalam beberapa minit saja. Jika tidak sempat makan di rumah, bawalah bekal yang sdh disediakan ini ke tempat kerja.

Makanan kaya serat penting untuk melawaskan sistem perkumuhan dan mengawal berat badan. Untuk meningkatkan pengambilan serat harian, ambillah bijirin sarapan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Awal tahun ini, ada baiknya jika kita memulakan tabiat baru dengan mengamalkan pengambilan sarapan yang sihat secara teratur. Caranya, sediakan bahan-bahan sarapan sebelum masuk tidur dan bangun awal setengah jam supaya anda boleh menikmati hari cemerlang!

Rokok ada babi?


Breast cancer



Avoid eating ice cream, or any dairy products for that matter, if you are currently fighting breast cancer as it could actually hinder your chances of survival. 

Around one in eight women will develop breast cancer at some point in their lives, averaging 50,000 new cases a year. Although survival chances are far better than other forms of the illness, it still leads to 11,800 deaths annually. 

And apparently those with the disease who consume dairy products daily are 50 per cent more likely to die.This is because the milk contains the hormone oestrogen, which encourages the growth of tumours. This is especially true if the milk came from pregnant cows, which is rich in the hormones.

Opt for a dairy-free ice cream instead.But fear not ice cream fanatics, if you are concerned about this fact and still want to consume ice cream, there are still the dairy-free ice creams like sherbet and frozen soy yoghurt to help your cravings, though they definitely don't taste the same.

Most importantly, remember that any women or man who have had breast cancer and are concerned about their diet should discuss this with their doctors.

Rokok E-elektronik



BENTONG – Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali,” katanya.

Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya.

Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.

Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit, kata sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna.

Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya.

Kira-kira 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu.

Bagaimanapun buat masa ini, kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.

Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya.

“Penyelidikan ini membantu kita memahami bagaimana rokok elektronik boleh mendatangkan bahaya.
“Justeru, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sama ada kemudaratan itu boleh memberi kesan dalam jangka panjang,” katanya.


Tips Awet Muda




Terdapat banyak sebenarnya cara untuk memastikan raut wajah anda sentiasa kelihatan muda dan berseri-seri seperti remaja. 

Namun ada juga yang menggunakan bahan kimia yag terlarang tanpa mereka sedari walhal terdapat banyak petua tradisional yang boleh digunakan untuk tujuan awet muda dan tidak diketahui oelh orang ramai.

Kebanyakan alat kosmetik dan juga ubat yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia dan untuk menggunakanya ia bergantung kepada kulit muka seseorang. 

Ada yang pakai dan berjaya dan ada yang tidak.

Petua Awet Muda :

1. Selepas bangun daripada tidur, amalkan minum air suamsegelas dan selawat sebanyak tiga kali. Amalkan ia setiap hari selepas bangun tidur. Insya-Allah muka anda akan kelihatan berseri-seri setiap hari.

2. Ambil pucuk gajus, bersihkan ia dan makan tanpa rebus. Anda juga boleh air rebus pucuk gajus tersebut untuk kelihatan awet muda.

3. Anda boleh gunakan kedua-dua jari telunjuk kedua-dua belah tangan anda dan letakkan di dagu. Pusingkan-pusingkan jari anda mengikut arah jam sehingga ke pipi anda dan seterusnya ke hidung anda dan akhir sekali hingga ke dahi anda. 

Kemudian minum air suam sebelum mengambil sarapan. Diingatkan kepada anda supaya jangan sesekali mengurut dari dahi ke bawah kerana ia mempercepatkan proses kedutan.

4. Makan daun pudina mentah setiap hari atau anda boleh jadikan ia sebagai ulam ketika makan nasi. Amalkan makan daun ini selalu untuk kelihatan muda dan berseri-seri setiap hari.

P/s : Awet muda ini selalunya diamalkan oleh kaum wanita.

Malas menggantikan sarung bantal ?


Ketika tidur, sel-sel kulit mati pada wajah kamu akan melekat pada sarung bantal. Lama-kelamaan ia akan menebal dan menimbulkan bakteria. 

Sekiranya kamu malas menggantikan sarung bantal, ini bermakna kamu akan tidur di atas timbunan bakteria yg mmudahkan kulit anda bjerawat dan kulit anda tidak sihat. 

Setiap manusia, sel akan di perbaruhi dalam jam 9 mlam sehingga jam 12 tgh mlm, utk itu pastikan anda mdapatkn tidur sckupnya dlm jam ini utk sel anda di renewkan semula 

Niat Puasa


15 Kelebihan Hari Jumaat yg anda perlu tahu


Setiap hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing. Di antara 7 hari yang ada dalam setiap minggu itu juga, kaum Yahudi berbangga dengan hari Sabtunya dan penganut Kristian pula meraikan hari Ahadnya, maka Umat Islam sudah tentu memiliki hari kebesarannya tersendiri dan amat menghargai dengan Kemuliaan Hari Jumaat sebagai ‘Penghulu Segala Hari’.
Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;
أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.

“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. 

Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. 

Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

Sebagaimana Allah SWT telah menjadikan kota Makkah dan Madinah sebagai kota Suci; menjadikan Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa sebagai masjid yang paling utama; 

menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan paling mulia di antara bulan-bulan lainnya, menjadikan malam Lailatul Qadar sebagai malam Seribu bulan; menjadikan sepertiga malam sebagai waktu paling berkesan untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Khaliq; 

begitu juga hari Jumaat, Allah SWT telah menjadikan Hari Jumaat sebagai ‘Sayyidul Ayyam’ atau penghulu segala hari (hari paling utama). Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jumaat.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, 

pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.” (HR. Muslim)

> Keutamaan Hari Jumaat <

Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum Muslimin. Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

Berikut adalah keistimewaan dan keutamaan hari Jumaat:

1. Hari Paling Mulia
Hari Jumaat adalah hari yang paling utama dan merupakan penghulu segala hari. Terdapat beberapa peristiwa yang terjadi pada hari Jumaat ini, di antaranya:

Allah SWT ciptakan Adam Alaihissallam, Nabi Adam alaihissallam dimasukkan ke dalam syurga.
Nabi Adam alaihissallam diturunkan dari syurga menuju bumi. Allah mewafatkannya Nabi Adam Alaihissallam.
Hari Jumaat juga merupakan hari akan berlakunya Qiamat.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat. 

Pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu juga Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga. 

Pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya.” (HR. Muslim)

Abu Hurairah Radhiyalahu ‘anhu meriwayatkan, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;
خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة

“Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat; pada hari inilah Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah juga Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.” (HR Muslim r.a.)

Dalam riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu ‘anhu pula menyatakan:
إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ …….

“Sesungguhnya seutama-utama hari kamu adalah hari Jumaat; pada hari ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini juga ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini juga hari kebangkitan.”

2. Hari Bagi Kaum Muslimin
Hari Jumaat adalah hari berkumpulnya Umat Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam masjid-masjid mereka yang besar untuk mengikuti solat dan sebelumnya mendengarkan dua khutbah jumaat yang mengandungi wasiat bertaqwa dan nasihat-nasihat, serta doa.

Dari Kuzhaifah dan Rabii bin Harrasy Radhiyallahu Anhuma bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata, “Allah menyesatkan orang-orang sebelum kami pada hari Jumaat, Yahudi pada hari Sabtu, dan Nasrani pada hari Ahad, 

kemudian Allah mendatangkan kami dan ember petunjuk pada hari Jumaat, mereka umat sebelum kami akan menjadi pengikut pada hari kiamat, kami adalah yang terakhir dari penghuni dunia ini dan yang pertama pada hari kiamat yang akan dihakimi sebelum umat yang lain.” (HR. Muslim dan Ibnu Majah)

Al-Hafidz Ibnu Katsir berkata: “Hari ini dinamakan Jumaat, kerana merupakan ambilan dari kata ‘al-jamu’ yang ertinya berhimpun, 

kerana Umat Islam berkumpul pada hari itu setiap minggu di masjid-masjid.Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya yang mukmin berkumpul untuk menunaikan ibadah kepada-Nya.”

Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ‌ اللَّـهِ وَذَرُ‌وا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ‌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٩

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Al-Jumaah 62: Ayat 9)

3. Penghulu Segala Hari
Hari Jumaat adalah hari yang teramat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih berbanding hari-hari yang lain.

Dalam suatu hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik hari).”Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir Radhiyallahu Anhu berkata, 

Rasulullahصلى الله عليه وسلمberkata, “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. 

Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, 

dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.” (HR. Ahmad)

4. Hari Kebesaran Mingguan
Dalam 7 hari yang ada, hari Jumaat adalah ‘Hari Besar’ yang berulang setiap minggu.

Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri soalat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” (HR. Ibnu Majah)


5. Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah صلى الله عليه وسلمbersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu; 

Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas; 

Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

6. Hari Ramai Malaikat Turun ke Bumi
Pada hari Jumaat juga, Allah SWT mengutus para malaikat turun ke muka bumi. Di tangan terdapat mereka tinta kalam emas dan kertas-kertas daripada perak, mereka juga berdiri dan menunggu di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama mereka yang hadir ke masjid dan mendirikan Solat Jumaat.

Apabila telah sempurna dan selesai Solat Jumaat, mereka kembali ke araysh untuk menyembahkan hasil catatannya kepada Allah SWT dengan berkata: 

“Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

Allah SWT berfirman: “Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

7. Hari Mustajab Berdoa
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).

Hari Jumaat adalah masa yang mustajab untuk berdoa terutama pada dua waktu terbaik iaitu di antara:

a. Imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai Jumaat.
b. Pada akhir waktu Asar.

Ibnu Qayyim Al-Jauzi mengatakan: “Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat. 

Kedua, sesudah Asar, dan ini adalah pendapat yang terkuat dari dua pendapat tadi.” (Zadul Ma’ad Jilid I/389-390).

8. Hari Dihapuskan Dosa
Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. 

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)

Dari Salman Al-Farisi Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau memakaikan minyak wangi dari rumahnya, 

kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia hendak mendirikan solat yang sesuai dengan tuntutannya, lalu diam mendengarkan (dengan seksama) 

ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (Dosa dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya.” (HR. Bukhari)

Salman Al Farisi berkata lagi, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersuci sesuai kemampuan, merapikan rambutnya, memakai minyak wangi, 

lalu berangkat ke masjid, dan masuk masjid tanpa melangkahi sesiapa, kemudian solat sesuai tuntunan dan diam tatkala imam berkhutbah, nescaya diampuni dosa-dosanya di antara dua Jumaat.” (HR. Bukhari).

9. Hari Lebih Utama Bersedekah
Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.

Ibnu Qayyim berkata: “Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.” .

Hadis dari Ka’ab menjelaskan: “Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.” (Mauquf Shahih)

10. Hari Meraih Pahala
Orang yang hadir dan menunaikan kewajibannya untuk solat Jumaat akan mendapat pahala untuk setiap langkahnya ke Masjid, setara dengan pahala ibadah satu tahun solat dan puasa.

Aus bin Aus berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan menempati shaf hadapan kemudian dia berdiam, 

maka setiap langkah yang dia ayunkan mendapat pahala puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah.” (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan, Didakwa sahih oleh Ibnu Huzaimah).

11. Hari Hidayah Daripada Allah SWT
Hari Jumaat merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah SWT berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya.

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;
نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.

“Kita adalah umat yang terakhir muncul tapi paling awal tiba pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. 

Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi صلى الله عليه وسلم menyebut hari Jumaat). 

Maka hari (Jumaat) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani.” (HR Muslim r.a.)

Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;
أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.

“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. 

Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. 

Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

12. Meninggal Pada Hari Jumaat Sebagai Tanda ‘Husnul Khatimah’ Meninggal dunia pada malam hari Jumaat atau siangnya adalah penanda ‘Husnul Khatimah’, iaitu dibebaskan dari fitnah (azab) kubur.

Diriwayatkan oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Setiap muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.” (HR. Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani).

13. Hari Terselamat Dari Seksa Kubur
Orang yang meninggal pada Hari Jumaat, InsyaAllah akan selamat dari fitnah (bencana/seksa) kubur.

Daripada Abdullah bin Amr, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah SWT daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

14. Hari Berlakunya Qiamat
Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya ‘Qiamat’ (hari pembalasan). 

Dalam suatu hadis, Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada menyebut bahawa: “Pada hari Jumaat juga Qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

Dalam hadis lain, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. 

Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.: “Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

15. Hari Dapat Melihat Allah SWT Di Syurga
Hari tatkala Allah SWT menampakkan diri kepada hamba-Nya yang beriman di syurga. 

Firman Allah SWT;
وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ ٣٥
“Dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).” (Surah Al-Jumuaah 50; Ayat 35) 

Seorang sahabat, Anas bin Malik dalam mengulas ayat 35 di atas : “‘Dan Kami memiliki pertambahannya’; Beliau mengatakan; “Allah SWT menampakkan diri kepada mereka setiap Hari Jumaat.”

Semoga Hari Jumaat ini menjadikan kita insan yang lebih Bertaqwa, lebih Berhikmah, lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang di dunia & akhirat. 

Jadi, marilah sama-sama kita berdoa agar Allah SWT memilih kita di kalangan golongan yang diberikan kelebihan oleh Allah SWT.

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)